Wednesday, 5 April 2017

DOBI LAYAN DIRI

Salam. 

So entry kali ni fie nak cerita pasal cuci kain dekat kedai dobi layan diri. Hari ni 1st time sesaje nak cerita pasal dobi layan diri. Haha actually masa tengah taip entry ni fie tengah tunggu baju yg di basuh dalam mesin dobi ni. Haha 

Okay tak nak cerita banyak2 sangat. Memandangkan fie baru pertama kali guna servis dobi layan diri ni jadi nya fie akan ajar step by step macam mana nak guna. 

Okay fie cuci baju dekat shah alam ken rimba bersebelah 7e & mydin. Nama dobi ni SAVE & CLEAN LAUNDRY 

Total masa yang di perlukan lebih kurang 1jam untuk basuh baju sebanyak mana yg korang nak mengikut berat tertentu je la. Kalau dah baju tu tak basuh segunung everest tu harap bertabah laa ye menunggu untuk basuh bekali2. Sebab nya setiap mesin basuh akan ada had limit (KG) so jangan main sumbat je. Kang jahanam mesin org πŸ˜…

Mesin basuh yg ada berat muatanπŸ˜‚.hanya 10KG & 14KG 

Mula2 korang kene tukar duit syiling (gold 50sen )
Alaa duit syiling yang baru tu la. Kalau korang tak ada syiling la. Sebab syilling lama mesin ni tak terima. Nilai  duit syiling (50sen) sahaja. So kalau tak ada sila tukar di mesin tukar duit. Macam ni πŸ‘‡πŸ»



So dekat gambar korang boleh nampak harga & cara cucian yg macam mana korang perlukan πŸ˜Š
Fie guna yg RM4:50 - cold water . Teruja tau keluar duit syiling berguguran banyak macam ketul2 emas jatuh dari langit *aku kaya aku kaya*berangan kejap. 🀣


-cold water 
-warm water 
-hot water 
So fie pilih yg cold water je. Sebab takut nak guna suhu yg lain sebab takut rosak baju. Haha. . 




Taraaa ni yg mesin (10KG ). Actually fie basuh 3 helai baju je ngehh ngehh ngehhπŸ˜‚. Baju2 preloved yg fie nak jual sebab tak pakai dah... so nak dia bau wangi~ dobi. Pergi laa dekat dobi layan diri ni basuh. Fie sarankan korang bawa laa bakul sendiri kalau baju tu banyak... jangan nak ke hulu hilir ke mesin pengering dengan baju satu2 nak bawa 🀣malu kat orang. Masa yg di perlukan untuk basuh baju ni 24minit πŸ˜ͺ. Sambil2 tunggu dah boleh update entry ni sampai dah beberapa perenggan dah πŸ˜‚. Tepuuuu otak dok tunggu baju siap . 

Dalam setiap mesin dah di sediakan sabun & pelembut pakaian. Tak perlu gigih nak bawa segala detergent dekat rumah tu eh. Bawa badan ,duit & baju je. 

Habis 24minit. Baju dah siap. Nanti mesin akan bunyi macam alarm yg tak kuat mana laa. Just boleh alert kan uolls yg baju dah siap dah basuh. 
Next ! Kita keringkan baju 
Harga untuk kering kan baju . Tak cukup duit ? Huhu pergi tukar lgi dekat mesin duit syilling tu. 

Taraaaa mesin pengering ni pun 14KG juga ye. . 
Suhu untuk keringkan baju


Okay lepas masuk baju dalam mesin pengering ni korang kene pilih suhu. Fie guna medium je then tekan "start" . Reason sama macam tadi takut baju rosak. 
Biasa org akan guna medium tapi kalau rasa nak basuh macam benda berat toto ke apa ke. Boleh kot pakai yg high temperature tu hehehe πŸ™Š
Kalau nak lagi lama kering tambah lah duit sebelum mesin tu berhenti. Contoh 10 minit lagi tinggal cepat2 tambah duit lagi 50sen untuk 3minit fie tambah lagi 3minit haha senang betul2 kering terus lipat je. Sama juga masa nya 24minit. . Sambung lagi taip entry ni sampai habis. Haha πŸ˜‚πŸ˜‚
Haaaa nampak. Dah tulis sebesar2 alam kat dinding tu. Free sabun & pelembut. Senang kerja ! 

Okay sampai sini je. Until we meet again !🌸🌸
Baju dah siap~ nk lipat .. bubyeee πŸ˜˜

Friday, 24 March 2017

HPV vaksin



Salam...

So cerita hari ni seperti tajuk di atas. Semalam (22/3/17) fie pergi LPPKN  untuk suntikkan kali ke dua untuk vaksin (HPV) okay ramai yg dah tahu apa itu
HPV kan? Or ada yang belum tahu? Sila google πŸ˜‚
Huhuhu....

(Soalan) πŸ‘‡πŸ»
-okay penting ke suntikkan ni?
-Siapa yg patut ambil suntikkan ni ?
-berapa lingkungan umur yg perlu suntikkan ni?
-dekat mana untuk dapat kan suntikkan ni?
-suntikkan ini berapa dos ? 1 sahaja ke?

Okay okay sabar2 dan fie akan cerita semua ni satu persatu.🀦🏻‍♀️

Fie pasti semua org tahu kan yg kanser servik ni sangat2 bahaya dan boleh menyebabkan masalah2 lain juga. Human papillomavirus siapa yg ada basic medical line pasti akan tahu dan gerun dengar sebab penyakit ni di tempt yg betul2 bahaya di bahagian tubuh kita (rahim).

Mula-mula fie pun tak tahu ianya penting even ada basic medical πŸ˜ͺtapi still careless dan buat endah tak endah je pasal ni. Sampai kawan baik fie tag fie dekat facebook di mana kerajaan kita provide vaccine ni secara percuma tanpa perlu bayar apa2 pun cuma bawa badan dan pen je πŸ˜‚.sape tak nak benda free kan? Tipu laa kalau tak nak πŸ˜‚

Prosedur nya mudah sahaja sila laa rajin kan diri google ye untuk tahu info2 pasal kanser ni dan juga di mana tempat sepatutnya untuk ambil suntikan vaksin ni. Jangan suka2 nak ke bahagian (ED) hospital cakap nak buat vaksin. . Kene tempeleng nantiπŸ˜‚ dan diaorang tak akan layan . Okay korang kene cari klinik
(LPPKN, lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara) di sekitar kawasan korang tinggal bagi memudahkan masa dan tak terlepas dari tidak mendapat vaksin ni. Sebab setiap satu hari vaksin ni sangat2 "limited" untuk beberapa org terhad sahaja yg akan dapat "first come first serve"  klik link ni.  http://www.lppkn.gov.my/

Okay http://www.lppkn.gov.my πŸ‘ˆπŸ» korang boleh semak senarai klinik "nur sejahtera" ni dekat website LPPKN sendiri bagi memudahkn korang mendapat suntikan vaksin ni. Sila call klinik ye dan buat temu janji / tanya bila hari yg patut datang untuk ambil vaksin buat kali pertama .

Lingkungan umur ? Okay ada tahun kelahiran tertentu sahaja yg di benarkan untuk ambil suntikan ini secara "percuma" kalau korang bukan lahir dari tahun tersebut tak silap fie korang boleh dapatkan suntikkan ini tetapi ianya berbayar πŸ€”
Bagi mereka yg lahir pada tahun 1990-1996 sahaja di berikan suntikkan secara percuma di mana2 LPPKN klinik dan yang belum Kahwin sahaja layak dapat suntikkan ini. Ingat BELUM KAWIN sahaja :) .jangan dah kawin tapi gatal juga pergi. Buang masa dan tenaga je. . Silap2 kene marah dengan nurse tu 😬.

Suntikkan ini di beri 3 kali .iaitu hari pertama kali korang pergi dan sebulan selepas hari pertama dapat vaksin dan 6bulan seleps vaksin ke dua.

Contoh :
23/2/17 ( vaksin 1)
23/3/17 ( vaksin 2)
23/8/17 (vaksin 3) terakhir
(Sila call LPPKN 2/3 hari sebelum tarikh vaksin ke-2 & ke-3 untuk mengelakan anda tak dapat info2 penting contoh penukaran tarikh vaksin/ sebagainya 😊)

borang seperti ini


Akan ada 3 salinan yg perlu di isi. So ikut sahaja arahan yg di berikan :)

Tunggu giliran dan dah boleh amik suntikkan vaksin 😊 .sila pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum mendapat suntikkan bagi mengelakkan korang pitam/pengsan vaksin ni kuat dos nya.  Itu sahaja~ mudahkan 😊.



Sekitar hari kejadian vaksin ke-2 di beri. . Tunggu pintu di buka .. dah ramai yg beratur dah. .

Till we meet again :*



Tuesday, 21 March 2017

Photoshoot



Salam..

Hehe.. lately rajin pula nak menaip kan. Sambil2 tunggu En.tunang mesej πŸ˜ͺfie ambil masa yg ada untuk taip entry kali ni. So kali ni nak story pasal "photoshoot". haaaa ada sesape yg nak jadi model tak ? Teringin nak jadi model tapi rasa diri "tak lawa" tak tinggi " tak,org kata ap tu tak "confident"
Ahh! Campak semua tu jauh2 ke laut sana.. just do whatever u feel right πŸ’ͺ🏻 yeyh!Huhu.

Okay macam mana  bermula nya dengan "modeling"
Pertama sekali fie ramai kawan2 photographer dan sejak dari study lagi dah berjinak2 dalam bidang modeling ni secara part time sahaja. Bosan2 bila ada masa free tak ada report/assignment nak di buat. fie berjumpa dengan photog dan bertukar2 pendapat dan juga di beri tunjuk ajar untuk "posing " dengan betul. Sebenarnya bukan senang nak jadi "model" ni ramai lagi antara yg hebat2 dan  berbakat kadang2 rasa down juga. But percaya satu je rezeki Allah ada mana2 jangan putus asa.

Bermula denga outing bersama photog2 yg lain. Mula2 kenal mereka semua dari Facebook sahaja jadi bila nak jumpa mereka ni fie akan sentiasa bawa kawan untuk teman. Yelah. Kita tak kenal orang macam mana perangai & niat kan lagi2 kenal di alam maya je Elok lah sentiasa berteman kalau tak kenal lagi seseorang tu. So dari situ lah bermula nya fie jinak2 dalam modeling ni. Kene selalu rajin pergi outing sebab nya dari outing ni lah skills kita akan nampak maksudnya dari segi posing ,reaksi muka, dan macam2 lagi. Dari sini photog akan bantu kita untuk lebih yakin setiap kali berhadapan dengan kamera dan juga tidak kekok semasa photog start tekan button shutter diaorang tu dan juga kita tahu mana satu side atau posisi yg sesuai/ selesa untuk bergambar. Masing2 akan ada posisi yg selesa untuk bergambar dan ada juga yg tidak kesah mana2 posisi sekalipun. Kalau nak tahu macam mana posisi yg sesuai. Perasan tak bila korang snap gambar tak kesah lah selfie 🀳🏻 / wefie korang selesa bergambar di posisi bahagian mana? Sebelah kanan / kiri atau memang tak perasan lansung ?πŸ˜‚.  Kalau fie selesa bahagian kiri setiap kali selfie / posing fie akan hala kan badan/muka  ke kiri sedikit.

Dari gambar outing secara (win2) πŸ‘ˆπŸ» tidak berbayar.  Fie kumpul semua gambar dan update di Facebook fie. Dari situ fie di kenali oleh photog2 yg lain. Sehingga lah fie tamat belajar fie mohon jawatan kosong di butik byfatinsuhana pada bulan 5/2015 2minggu selepas tanam anggur je dekat rumah πŸ˜‚. Alhamdulilah dapat kerja dengan jaya nya sehingga lah kini 2017. Bos Fatinsuhana berikan fie perluang untuk fie photoshoot baju2 keluaran butik byfatinsuhana teruja dan sangat gembira dan agak sedikit kekok bila mula shoot di studio pertama fie pernah jejak ialah serinditphoto KL. Tetapi dengan tunjuk ajar dari kak fatinsuhana semua nya berjalan lancar and its so fun ! Tapi harus pantas untuk posing & tukar baju. Sebab setiap masa adalah bergitu berharga dan lagi lambat kita habiskan shoot lagi tinggi lah bayaran kepada photog tersebut. Contoh nya kita di beri masa untuk baju2 / shawl atau apa sahaja barangan selama 2jam sahaja. Haruslah kita laksanakan masa tu tanpa membazir. Soooo memang kene super duperr fast tukar baju posing evrything.... πŸ˜ͺlepas dari shoot tu memang akan totally zero energy lah ! Lagi2 kalau melibatkan baju / shawl dengan kuantiti yg banyak. Sampai ke subuh pun ada tau photoshoot semua tu πŸ˜‚πŸ˜‚..

So bila dah mula ada butik2 yg nak ambil kita as their models~.. kita dah boleh letak rate kita dah maksudnya tiada lagi ( win2 situation). Jadi kebiasaan nya butik akan mintak quotation kita so please be prepared your own quotation biar nampak professional sikit . Tapi harga tu biarlah "beragak" jangan lah kita sombong pula baru shoot 1-2 butik tiba2 nak letak Rm2-3K wahh!! Kerlasss kau jah ! Kalah retis πŸ˜‚.... org kata apa tu "slow2" kayuh.

Hati-hati bila berjinak2 dalam bidang ni kerana penyebab utama yg selalu berlaku adalah "ditipu dan kene tipu" ramai juga sebelum2 ni yg update di media sosial diaorang kene tipu lah. Gambar tersebar lah.tak dapat payment lah. Banyak sebenarnya isu tapi tu lah kene pandai bawa diri. Kalau boleh mintak deposit dahulu jika shoot tu berbayar 😊. Kadang kita tak tahu rezeki kita kat mana. Kadang kita tak buat org pun org buat kita.bertabah lah.

Alhamdulilah setakat ni fie tak pernah kene tipu lagi buat masa ni. Jaga batas2 kita dan kene tanam niat yg betul. Sekali tersebar gambar yg kita tak hingin ia wujud percayalaa susah nak hapuskan semua tu dan manusia akan mengata tak berhenti dan nama kita n parents akan tercemar. Beware ye .

Modeling ni boleh juga di buat secara fulltime /partime ikut lah mana rezeki yg korang dapat. So kat sini fie share sedikit gambar2 yg fie pernah  shoot untuk butik fatinsuhana & outing shoot











                                                                       Outing shoot πŸ‘‡πŸ»
 


                                                                   (photo @anuarjumiran) 

                                                             
   Ni gambar baru habis shoot "bertunang" πŸ˜‚.client dah balik . Curi masa selit sikit 2-3 gambar .  

                               ( ini shoot untuk butik online IG tak ingat dah nama ig dia apa πŸ˜‚)

 (Outing di putrajaya )

Hermm so sad 😭 sebab tak banyak boleh share gambar. Ini apa yg ada dekat tepon sahaja. Yg lain ada dalam laptop. But laptop dah rosak. Maka berhuhuhu je lah dengan gambar yg ada ni 😊

So sampai di sini sahaja . Salah silap datang dari saya. Dan harap korang enjoy membaca nya.

Until we meet again ! πŸ˜˜πŸ’•πŸŒΈ

Monday, 20 March 2017

Seafood lambak

Salam.

Haritu ada lah tekak ni terasa nak makan " shell out" kebetulan mesej kawan baik konon nya nak ajak lepak tetiba dia ajak makan "shell out"  n belanja πŸ˜‹ "Shell out" tapi ni bukan lah betul2 restoran "shell out" tu. Ni restoran local je tapi rasa dia upmhh! U will come again lahπŸ˜‚. Lepas tu kawan baik bagi lokasi dan jumpa di tempat sekian2.. Sampai2 je terus order apa yg di hajati lah kan. Nak makan " shell out" . Sebenarnya fie pun baru je pertama kali makan makanan macam tu lambak atas meja tapi trust me! Memang seronok sangat2 lagi2 kalau pergi makan beramai2 dengan family atau friends lagi lah seronok.

Okay lokasi " seafood lambak atas meja " ni dekat emporium makan terletak betul2 di bandar klang
Berhadapan dengan center point klang. Kira dekat food court klang tu. Senang je nak cari . Di sebabkan fie berdua je dengan kawan. Kitaorang order yg sesuai untuk makan 2org. Menu nya mcam ni.

                                 Antara menu dan pilihan yang ada (kitaorg order yg RM30)

HAHA! mula2 ingatkan ''karot'' bila dah makan baru tahu tu ''ubi'' 

Pertama sekali rasa nya memang sedap dari segi sambal yg cukup rasa dan sangat2 berbaloi untuk makan sini portion yg sangat banyak tau antaranya udang ,lala dan macam2 lagi . Ohh ya ! set yg ni tak ada '' ketam'' tau . jadi kalau korang nak makan ''ketam'' untuk set ni korang kene tambah sikit ''duit'' mengikut harga pasaran ketam dan juga saiz serta berat ketam tu. Biasa nya mereka akan bagitahu harga ketam untuk berat 100gram tu berapa ringgit ikut harga pasaran ketam =) . Setiap set di datang kan sekali dengan air asam boi tapi untuk set harga RM30 ni hanya ada segelas air sahaja .so fie order air yg lain '' tehobeng'' ofkos hehehe 😊. Untuk set yg lain jangan risau ada ketam :D 

Korang kene cuba makan dekat sini bagi fie harga dia sangat berbaloi dan makanan nya pun banyak
cuma2! dari segi servis tu agak slow sikit 😞 tapi jangan risau korang jerit je panggil cakap nak order 
haha konsep nya macam tu overall makanan dia best harga pun sangat2 okay untuk 2 org makan tu .
suasana pun lepak je. Fie tak sure dia tutup hari apa tapi in sha allah diaorang niaga sampai pukul 
11-12malam .

Bukan sahaja ada '' seafood lambak ni je tau .Ada banyak lagi makanan dan pilihan lain antaranya char kuew teow ,makanan bergoreng yg lain. Sambil2 makan dekat situ fie sempat order rojak mamak dekat sebelah kedai seafood lambak tu. order dan boleh makan terus dekat meja yg sama. rojak mamak ni memang sentiasa ramai org dan di harap bertabah lah untuk menunggu giliran korang untuk order ''maaf tak ada gambar pula'' sepinggan dalam RM5-6 tak silap fie lah  πŸ€”.

Okay fie ada bagi alamat dan juga no telefon untuk korang booking tempat kalau nak datang sebab kadang2 memang tak jangka akan ramai sangat org makan dekat situ. Okay lah sampai sini je 

                                                                     Until we meet again 😘

 Lokasi: no 136 Emporium makan klang 41000 klang 
Call : 018-9820858 
Fb : D'klang mix seafood 

Tentang saya

SalamπŸ™‚

Alhamdulilah sudah lama sangat teringin nak menaip "blog" sendiri tetapi kenkangan masa
Dan kemalasan diri πŸ˜‚. Alhamdulilah ini blog pertama saya. Dan in sha Allah akan saya kongsikan tentang serba sedikit asal usul diri ini ,resepi2 dan juga apa2 yg bermanfaat kepada pembacaπŸ™‚.

Nama saya Nureafie Yussarima binti johari .harap2 bakal suami tak tersasul lah nak menyebut nama tu kan πŸ˜‚Haha. . Di sapa sebagai "fie,eafie,fifie" saya di lahirkan pada tahun (1993) di hospital swasta setiawan perak dan di besarkan di kelantan &perlis. Sejak kecil lagi hidup dah berpindah randah πŸ˜…. Fasih berbahasa kelantan &perlis juga sabahan. Saya anak yg pertama di kalangan 3 beradik.

 pada tanggal 28:01:2016 saya baru sahaja kehilangan sebelah sayap saya iaitu bonda tercinta .πŸ˜”  Alhamdulilah masih ada seorang bapa yg penyanyang menjaga kami 3beradik. Hermm..buat mereka yg kehilangan bonda i feel what you feel. Keep strong and stay positive in sha Allah. Allah ada dengan kita selalu dan moga kita sentiasa tidak lupa kepada pencipta kita. Hidup perlu di teruskan
Move on !

Saya menpunyai 2 org adik beradik yg sangat2 nakal dan juga dewasa dah diaorg tu. Kejap je masa berlalu tak kurang dengan diri ini juga dah makin "tua" haha. Adik yg kedua saya lelaki (1995) dan adik yg bongsu sekali perempuan (1997). Sejak 2 tahun lepas adik lelaki saya di sahkan mengalami masalah buah pinggang dan alhamdulilah belum di tahap (dialisis) .doa moga tidak sampai ke tahap itu. Amin ya rabb ! Apa2 pun ujian yg di beri harus sabar dan tabah untuk hadapi nya.

Pendidikan awal saya bermula di SK.sg udang klang. Tapi tak lama saya sekolah di situ dari darjah 1-4 sahaja. Dan saya mula berpindah ke kelantan kg halaman saya. Ouh ya ! Abah perlis & arwah mama kelantan keduanya ada mix thailand πŸ˜…...lepas tu saya sekolah di sk parang puting pengkalan chepa kelantan. Pun sama sekejap sahaja sekolah dekat situ di sebabkan masalah keluarga yg tak dapat di elak kan lepas tu sekolah terakhir saya di sk pandamaran jaya & SMK di batu unjur pun sama sekejap sahaja sehingga form4 lepas itu berpindah tetap di SMK Raja Lumu tehehe :D
Leps tu tinggal tetap di klang sahaja πŸ™‚.

Diploma journey di Segi college subang jaya (DIPMLT) huhu ada tak anyone yg kerja lab? Ada kerja kosong lagi tak ? Haha. . πŸ˜‚ Niat nak sambung ke peringkat ijazah dalam perubatan (doktor) nampaknya masih belum ada rezeki lagi akibat ekonomi yg tidak mengizinkan di waktu sekarang ini. Terpaksa dan redha kan diri untuk tangguh kan dahulu niat itu πŸ™Š"Hermm kawin je ler" 🀣. In sha Allah ada rezeki lain menyusul. Trust Allah !

Okay sampai sini sahaja dahulu. In sha Allah fie akan story2 lagi =)

DOBI LAYAN DIRI

Salam.  So entry kali ni fie nak cerita pasal cuci kain dekat kedai dobi layan diri. Hari ni 1st time sesaje nak cerita pasal dobi ...